Thursday, October 8, 2009

First Year Experience....

Setelah menerpa diri dalam planning.... pelbagai ranjau ditempuhi.....

Inilah program pertama pelajar planning batch aku dulu....
Pada yang junior harap dapat merasakannya di masa akan datang....

Kolej Sains Dan Teknologi (KST) UTM City Campus Kuala Lumpur telah mengadakan Program First Year Expireince (FYE) bagi pelajar Tahun 1 Diploma. Program ini wajib diikuti oleh semua pelajar Tahun 1 Diploma dan waktunya ditentukan oleh kos atau kursus atau kelab itu sendiri berpandukan dengan pensyarah masing-masing.

Bagi Kelab Perancang Bandar Dan Wilayah (URP), program ini telah dijalankan pada 10 hingga 12 OGOS 2007 iaitu pada hari Jumaat hingga Ahad. Tempat bagi program ini ialah di Pusat Latihan Bina Insan Negeri Selangor, Institut Perkembangan Minda, Ulu Yam atau lebih sinonim dengan nama tempat The Woods.

Tarikh, masa dan tempat ini telah dipersetujui oleh pensyarah Diploma Perancangan Bandar Dan Wilayah. Seramai 24 orang peserta telah mengikuti program ini yang terdiri daripada pelajar Tahun 1 Diploma Perancangan Bandar Dan Wilayah sendiri serta dibantu oleh 10 orang pelajar Tahun 2 Diploma Perancangan Bandar Dan Wilayah yang bertindak sebagai fasilitator bagi Program First Year Experience ini...















Semua ini adalah kenangan....

Ada kenangan yang mengelikan hati....
Kepada yang terlibat jangan marah yea....











Walau bagaimanapun, ia adalah pengalaman yang paling bez!!!!!...

Chayok2.... Sape2 yang nak gmbar FYE ley bagi comment kat aku yea.....
Hehehe....

No comments:

Post a Comment